minta maap la ye...ros memang malas tahap gaban nak meng'update bahagian resepi ni...ikut suke jer nak wat entry ni...so jgn mare ye if gambo makanannye ada tapi resepi tak de
Bahan-bahan :
Kunyit 1 inci
Halia setengah inci
serai dalam 2 atau 3 batang (ikut pada citarasa)
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 biji
Cili api 6 biji (ikut citarasa-jika nak pedas tambah lagi)
santan kelapa (1 kotak, jika pakai santan yang diperah - amik sebiji kelapa)
sedikit air mengikut kesesuaian pekat @ cair santan tadi
6 ekor ketam
Cara membuatnya ;
Tumbuk semua bahan2 di atas hingga lumat (kecuali ketam la...tumbuk ketam....abis le jawab nyer)
Pastikan ketam tadi telah dibersihkan, kemudian gunting semua penyepit2 ketam tu supaya masa nak makan senang sikit...tak de la tercucuk sana sini...kemudian yang tangan2 ketam yang mana kenit. gunting je terus (bukan ada isi pon. wat pe sayang ngat simpan) bahagian kaki ketam yang ada isi tu siap2 tumbuk ngan ulu lesung batu supaya masa nak makan tak yah le gigit bagai nak gile tapi isi tak kua2 juga. so bile da dititik ngan ulu lesung tu maka memudahkan kita nak memakan isi nye (^_^)
apalagi then masukkan semua bahan2 yg telah ditumbuk ke dalam periuk bersama2 ngan ketam yang telah dibersihkan tadi. biakan ia direbus bersama2. dalam 5 minit kemudian masukkan santan. kacau2. memang nampak pekat. masukkan sedikit air mengikut kesesuaian. saje je ros letakkan daun ketumbar nak bagi cantik sikit bile amik gambo. tapi bile makan sedap gak masak lemak buh daun ketumbar...hihihi
tamat....da bole serve n makan dengan sedapnyer
CENDAWAN GORENG
Bahan-bahan nya :
sedikit rempah ketumbar (bukan daun ketumbar yang dilenyek2 tau!)
secubit garam
secubit kunyit
1 susu besar serbuk cili (jika mau pedas la...jika tak mau tak yah isi la)
tepung gandum 4 sudu besar
tepung beras 1 sudu besar
tepung jagung 1 sudu besar
2 sudu besar minyak masak
sedikit air mengikut kesesuaian
cendawan dalam 20 keping
cara membuatnya ;
gaulkan semua bahan2 di atas, jangan sampai berketul, pastikan kelikatan nyer boleh dicicah dengan cendawan tadi...jika terlalu likat ngat kang da jadi cekodok plak..agak2 la macam kita nak wat goreng pisang tu.
ada orang buh telur, tapi ros tak suke telur tukar ngan minyak masak. memang garing la sangat. yang cendawan tadi jangan dibasuh ye. jika anda membasuh nya maka ilangla kelazatan dan kkerangupan nye. sebab memang diketahui cendawan ni cara pembiakan nye memerlukan tempat yang bersih. so tak payah risau akan kebersihannya. tapi jika meragui nya memadai dengan kite kikis dengan pisau atau basuh sikit je ngan air...acah2 itu je then jemurkan dulu before menggorengnya
ok selamat mencuba!
BUTTER PRAWN
Bahan-bahan :
15 ekor udang (yang besar2 la ye, udang yang kenit tak bes sebab kenit ngat)
2 biji telur kuning
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1/2 buku buttter (butter yang 4 segi yang kite beli kat pasaraya tu..tak kisah la jenama apa)
3 biji bawang putih
2 sudu susu pekat manis/santan
1 batang serai/daun kari
7 biji cili api - ikut tahap kepedasan yang diinginkan
Cara-caranya :
pukul telur kuning tadi ngan garfu, then lumurkan udang
kemudian amik udang tadi lumurkan dengan tepung beras
selepas kesemua udang dilumurkan dengan tepung beras, taburkan tepung gandum di atasnya
gorengkan semua udang tadi(goreng kejap je nanti udang akan jadi keras plak)
kemudian cairkan butter di dalam kuali, setelah butter cair masukkan bawang putih yang telah dikisar. biarkan hingga naik bau. kemudian masukkan susu pekat manis tadi biarkan ia menjadi seperti krim. kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk tadi dan serai yang juga tadi tumbuk halus/daun kari.
akhir sekali masukkan udang semula dan kacau sekejap je
haaaaa...akhir sekali makan la...da siap da