Saturday, December 1, 2012

sepetang bersama vadai

assalamualaikum dan salam sejahtera
moga semua sihat sejahtera. arini sepetang kami sekeluarga makan vadai. if beli kat lua, ada yang tebal ngat, rasa tak bape sedap. then hubby suggest ros buat sendiri. alamak! cepat2 tanye kak as. ni resepi dari kak as. then tengok juga dalam internet. resepi yang sama macam kak as bagi. so dengan lafaz bismillah dan selawat pada baginda nabi muhammad s.a.w, ros pon mula kan modus operandi membuat vadai. bole lihat kat bawah k. yg paling utama mesti ada kacang dal. kacang lain xbole la....kang tak la dinamakan vadai. mesti rendam 4 jam tau! then kisar guna blander yang kering tu tapi ros gune chopper tupperware yg serbaguna tu. wahhhhh memang mudah. alhamdulillah.

manje baby yang suke makan vadai

rupa bentuk kacang dal (300g) yang telah dikisar halus menggunakan 'tupperware chopper'
kacang dal yang dikisar dicampurkan dengan bawang kisar dan hirisan lada kering dan daun kari (ikut suke bape byk ikut citarasa) dan juga masukkan 'sesedap rasa maggi' bagi menyedapkan rasanya

 taadaaaaa inilah dia vadai yang hubby ros goreng. baru fair n square, ros sediakan, hubby tukang goreng (^_^). hubby ros suke nipis2 dan garing tu yang kepek nipis je tak macam yang jual kat pasar malam/pekan sehari. ros pon suke yang nipis macam ni. rangup!

 
lepas makan banyak vadai...apa lagi terkentot kentot je keje nya (makan vadai menyebabkan perut berangin). so if nak makan banyak, pastikan anda xbekerja keesokkan harinya (^_^). lawan2 kentot penyudahnya ros, encik asben dan manja baby. meriah suasana, bau merebak seluruh isi rumahtangga....huhuhuhu

Read More

Wednesday, November 21, 2012

menu minum petang


assalamualaikum dan salam sejahtera semua

sementara ada masa tengah rehat, jenguk blog kejap, update cikit. petang ahad minggu lepas (punye la da lama), ros berkesempatan buat roti keju cicah coklat. sedap makan panas2. pakai bedal je buat rupa bentuknya. tapi best menguli roti tu wat bentuk tocang (macam tocang anak ros je). lepas tu coklat yang lebih2 tu wat plak coklat untuk di mamam masa tengok tv. hubby ros ni suke mengunyah masa tengok tv.

tengah2 dok update blog, hubby ros plak kol......."abang da beli keledek dan kentang, daging seme da rebus, malam ni wat karipap ye untuk abang"......tertelan air liur ros....bukan tertelan air liur sebab sedap nak makan karipap tapi air liur rasa nak tercekik sebab sempat ke tak sempat nak wat karipap nye.....selalunya ros ni balik keje da penat....pukul 8.15mlm da tertelap....ok guys....nanti bile2 ros masukkan resepi wat roti dan coklat tu...tunggu ye....da pukul 2pm skg...waktu untuk memulakan kerja...amanah Allah....

roti keju panas cicah coklat cair......sssllluuuuurppppppp

coklat yang amat senang buatnye...tapi bila comel gini sayang nak mamam

Read More

Saturday, November 17, 2012

anda makan lidah lembu??

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

moga para pembaca di blog ros sihat sejahtera hendaknya. kite terus kpd topik pd hari ini. ok sebenarnya ros nak kongsi dengan kawan2 sekalian resepi masak lidah lembu. untuk pengetahuan u all lidah lembu merupakan bahagian lembu yang paling enak. tapi if tengok pada lidah ini tentu tak ramai yang nak makan. ros tunjuk kat anak ros, lari lintang pukang takutkan lidah ni. hihihi (saje nak sakat). lidah ni perlu direbus, lama-lama lagi bagus. sebab ia liat sikit. resepi lidah ni, ros pakai bedal je bubuh macam masak kicap tu, cume ros tambah sikit bahan lain seperti lada hitam dan serai. bagi ummppphhh!


tu diaaaaaa........lidah lembu yang siap direbus dan dikupas kulit luarnya
(ros sendiri takut nak amik picture lidah b4 direbus...scary + horrorrrrrrr mcm nmpk antu)

                                          
ros gune noxxa pressure cooker untuk merebus lidah tersebut
(senang pakai ni, set masa dalam 40 minit, sambil tu bole wat keje lain)

sambil2 menunngu lidah direbus, apa kata sediakan pula bahan2 awas untuk menggoreng. bahan nye adalah :
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
sedikit lada kering - kisar (ikut selera masing2)
3 batang serai - kisar
1 inci halia - kisar
sedikit lada hitam (ditabur atas lidah yang telah dihiris nipis)
1 susu kecil madu
kicap pekat
kicap manis
sos tiram

bagi proses untuk menghiris bawang merah dan bawang putih ros gunakan chopper dari brand tupperware (lihat gambar). memang mudah gunakan benda alah ni (^_^), menjadikan tugas2 didapur amat seronok. lepas masukkan bawang ke dalamnya, minta saja anak kita yang tarik pemacu nye. sebelum ni guna lesung batu...aduh berebut dengan anak ros. orang nak menumbuk ia nak menumbuk gek....alhamdulillah allah izinkan ros untuk membeli chopper ni. mudah ngat.

                                        

da ada madu, sepah jangan dibuang, masih boleh digunakan untuk menitik serai (nak wat rendang)

masukkan bawang dan lain2. jangan banyak sangat, agak2 bole tarik pemacunya, jika ada banyak bahan2, masuk sikit2, buat 2 hingga 3 kali atau berkali2 pon bole.

seronok sungguh manja baby ni menolong bonda nya memasak

inilah rupa bahan2 yang telah hancur, jika nak halus lagi boleh tarik pemacunya banyak kali sehingga bahan tu lumat. ros suka berbuku2 macam ni bile goreng nampak cantik

setelah direbus lidah tadi dipotong seperti di atas, jadi maasa makan tu tak de lah geli gelaman. seolah2 macam makan daging tapi lebih enak dari daging, lemak2 je.

cara membuatnya :
kisar semua bahan2 yang perlu dikisar tadi
ambil dalam 2 sudu bahan yang dikisar then perapkan pada lidah yang dihiris tadi bersama dengan sedikit serbuk lada hitam, madu, kicap pekat dan kicap manis selama 30 min
gorengkan lidah tersebut setelah diperap 30min
angkat letak tepi
goreng lebihan bahan2 yang dikisar tadi
letak garam dan bahan perasa (jika perlu, pada ros xperlu sebab da guna madu) secukup rasa
masukkan lidah yang digoreng tadi
taraaaaaaa...... da ciap da...






Read More

Thursday, November 1, 2012

rest room kindergarden (^_^)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

hari ini tempat kerja ros telah menjalankan gotong-royong perdana 5S. dan ros plak kene cakne 2 tempat iaitu satu bilik ros dan satu lagi tandas lelaki dan perempuan kat unit teknologi maklumat. alahai......da bagi ros yang cakne tempat2 gini nampak nye jadi kinder garden la ros keje kan...jangan marah yer KP aneetha. ini lah hasilnya. korang jangan la kutuk2. if nak kutuk, kutuk dalam ati je la.

SEBELUM MAKE OVER 

TANDAS PEREMPUAN




TANDAS LELAKI





 SELEPAS MAKE OVER

TANDAS PEREMPUAN




TANDAS LELAKI




if nak puas hati u all meh la berkunjung ke tandas kami.....hihihihi.....macam bes sangat plak tandasnya. pelajar-pelajar sekalian jgn dok asik nak lepak dalam tandas. kang kene sengat dek lebah yg melambak tu.



Read More